Tuesday, September 30, 2008

Salam Syawal


Selamat menyambut kedatangan Syawal, everyone!

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...sama ada yang disedari mahupun tidak.

Oleh itu, saya, Cik Puan Bidadari ingin menyusun 10 jari yang cute miut ini memohon ampun dan maaf atas segalanya - daripada terkasar bahasa sehinggalah termakan minum...

Semoga Aidilfitri tahun ini terus bermakna dan diberkati oleh Nya.

Kepada mereka yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya! jangan sms masa driving tau! bersabar sekiranya stuck dalam traffic.

Kepada mereka yang akan bertugas semasa Raya, samalah kita...tabahlah menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang digalas...

Kepada mereka di KL, lets enjoy the rare moments where there is no traffic jams in the city..*ayat penyedap hati sebab tak balik kampung*

Whateveritis, selamat makan lemang, rendang, ketupat, cookies raya! Happy day to you!

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya ann..
bila la nak tgk ann ni.. ;)

luv-k.zurek